Mengenal Ahlul-Bayt Rasulallah SAW
(Muqaddimah)
Oleh
Ustaz Syed Hasan Alatas
Allah
berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah menghendaki supaya dihapuskan kekotoran (dosa) daripada kamu, hai ahlul
bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." (al-Quran
s.al-Ahzab:33)
Ahlul
Baiyt ialah keluarga Nabi s.a.w.yang sangat rapat dengan beliau. Diriwayatkan
oleh ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Rasulallah s.a.w. berada di rumahnya
sedang tidur dengan memakai kain selimut.
Apabila
Fatimah anakanda Nabi s.a.w. membawakan untuk ayahandanya semangkuk Khazirah.
Rasulallah s.a.w. bersabda kepada anakandanya Fatimah, "Panggillah suamimu
dan kedua-adua anakmu Hasan dan Husain". Fatimahpun memanggil mereka
semua.
Ketika
mereka sedang duduk dan makan bersama Rasulallah s.a.w. maka turunlah ayat yang
tersebut di atas. Ketika itu Rasulallah s.a.w.
memegang tepi kain selimut yang ada bersama Nabi s.a.w. dan menutupi mereka semua . Sambil menadahkan tangan, baginda berdo'a, "Ya Allah mereka ini adalah Ahlul Baiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya".
memegang tepi kain selimut yang ada bersama Nabi s.a.w. dan menutupi mereka semua . Sambil menadahkan tangan, baginda berdo'a, "Ya Allah mereka ini adalah Ahlul Baiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya".
Nabi
s.a.w.mengulangi do'a ini sebanyak tiga kali. Berkata Ummu Salamah, "Aku
masukkan kepalaku dalam penutup itu, Nabi s.a.w. menarik selimut itu sambil
bersabda, "Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan", diulangi
sehingga dua kali. (H.S.riwayat Thabrani dari Ummu Salamah)
Al-Fakhrul
Razi menyebutkan dalam tafsir al-Kabir bahawa selepas
turun ayat yang bermaksud:
turun ayat yang bermaksud:
"Suruhlah
ahli keluargamu sholat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya"
(al-Quran s.Thaha:132).
Dalam
hadis Nabi s.a.w. riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas
r.a.Rasulallah s.a.w setelah turunya ayat tersebut di atas, maka Rasulallah
s.a.w. ketika melewati rumah Ali dan Fatimah, maka Rasulallah s.a.w.senantiasa
menyeru mereka (keluarganya) untuk menunaikan sholat sambil membawakan
ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghendaki supaya menghapuskan
kekotoran dari kamu, hai ahlulbaiyt dan membersihkan kamu dengan
sebersih-bersihnya." al-Quranulkarim)
Pernah
terjadi suatu peristiwa, betapa tinggi sifat pengorbanan
yang telah diberikan oleh saidina Ali bin Abi Thalib, isterinya Fatimah
Azzahra dan kedua anaknya Hasan dan Husain tercatat dalam sejarah. Ketika siti Fatimah menghidangkan roti untuk mereka berbuka puasa, datanglah kepada mereka orang miskin, anak yatim dan tawanan perang yang sedang kelaparan dan meminta makanan. Dengan tidak ragu-ragu semua makanan diserahkan kepada mereka, sehingga mereka sekeluarga tidak ada makanan untuk dimakan, sehingga turunlah ayat bearmaksud:
yang telah diberikan oleh saidina Ali bin Abi Thalib, isterinya Fatimah
Azzahra dan kedua anaknya Hasan dan Husain tercatat dalam sejarah. Ketika siti Fatimah menghidangkan roti untuk mereka berbuka puasa, datanglah kepada mereka orang miskin, anak yatim dan tawanan perang yang sedang kelaparan dan meminta makanan. Dengan tidak ragu-ragu semua makanan diserahkan kepada mereka, sehingga mereka sekeluarga tidak ada makanan untuk dimakan, sehingga turunlah ayat bearmaksud:
"Mereka
memberikan makanan yang sangat mereka perlukan, kepada orang miskin, anak yatim
dan tawanan, sesungguhnya kami berikan karena Allah, dan tidaklah tidak
mengharapkan balasan ataupun ucapan syukur".
(a-Quranul karim)
(a-Quranul karim)
Inilah
sebahagian dari akhlak pengorbanan dari keluarga Rasulallah s.a.w. yang rapat
sekali dengan baginda. Demikian pula Saidatuna Fatimah Azzahra meskipun beliau
anak Nabi s.a.w. yang amat disayangi oleh ayahandanya, tetapi tangannya telah
pecah-pecah karena menimba air dan mengisar gandum. Pernah beliau disarankan
supaya meminta kepada ayahandanya seorang pembantu wanita untuk membantunya di
rumah. Meskipun demikian
Nabi tidak mengabulkannya, hanya Nabi mengajar kepada Fatimah Azzahra supaya membaca zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
Nabi tidak mengabulkannya, hanya Nabi mengajar kepada Fatimah Azzahra supaya membaca zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
Pernah
terjadi suatu peristiwa dimana seorang tua sedang mengambil air udhu, hal ini
diperhatikan oleh kedua-dua cucunda Nabi s.a.w. Hasan dan Husain. Cara kedua
orang tua itu mengambil udhu tidak sempurna. Hal ini perlu dibetulkan, akan
tetapi bagaimana mau membetulkan seorang tua yang perlu dihormati.
Kedua-dua
anak yang bijak dan mempunyai akhlak yang mulia ini, telah berpura-pura
bertengkar dan saling menyalahkan cara mengambil air udhu.
Orang tua di dekat mereka itu menyuruh kedua-dua mereka mengulangi cara
mengambil air udhu.
Orang
tua itu merasa heran karena melihat kedua-dua cucunda Nabi s.a.w.begitu rapi
cara mengambil air wudhunya, sehingga ia terasa, mungkin dirinya sendiri yang
tak betul mengambil air udhu. Ketika orang tua itu bertanya siapa kedua-dua
budak bijak ini, ternyata mereka adalah cucunda Nabi s.a.w. yang amat-amat
dikasihi Nabi dan mendapat didikan langsung dari Nabi s.a.w. dalam banyak hal
yang berguna. Orang tua di dekat mereka itu menyuruh kedua-dua mereka mengulangi cara
mengambil air udhu.
Siti Fatimah Azzahra
Allah berfirman yang bermaksud:
"Barangsiapa membantahmu tentang dia (Nabi Isa
a.s.) setelah engkau menerima pengetahuan yang meyakinkan, maka katakanlah
kepada orang itu, "Marilah kita panggil (kumpulkan) anak-anak kami dan
anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri-diri kami dan
diri-diri kamu, lalu marilah kita mohon kepada Allah supaya menjatuhkan
kutukan-Nya kepada orang-orang yang berdusta". (Q.S.Aali 'Imran:61)
Ayat mubahalah ini diturunkan untuk menguatkan
tentang kebenaran al-Quran yang menceritakan berkenaan Nabi Isa a.s. Ayat ini
diturunkan pada tahun ke 10 hijrah kerana adanya tentangan dan pendustaan
beberapa orang nasrani Najran yang menghadap Nabi s.a.w. Allah s.w.t. menyuruh
Nabi s.a.w. mengatakan kepada mereka yang menentangnya, marilah kita ajak
keluarga masing-masing ke satu lembah untuk berdoa'a kepada Allah s.w.t.
supaya menjatuhkan kutukannya terhadap orang yang berdusta.
Lalu Nabi s.a.w. bersama keluarga baginda yang
terdekat yaitu anak baginda Fatimah Azzahra, Saidina Ali bin Abi Thalib
(menantu dan juga sepupu Nabi s.a.w.) dan cucu baginda al-Hasan dan al-Husain.
Rasulallah s.a.w.menggendong saidina Husain yang masih kanak-kanak sambil
mengganding Saidina Hasan yang sudah agak besar. Di belakang Rasulallah s.a.w.
berjalan Siti Fatimah Azzahra dan Saidina Ali k.w. Mereka menuju ke lembah yang
telah ditetapkan oleh kedua pihak.
Mubahalah itu tak jadi dilakukan karena pihak
Nasrani Najran mengundurkan diri, karena mereka kuatir bencana akan menimpa
mereka jika sekiranya mereka meneruskan juga mubahalah tersebut.
Siti Fatimah Azzahra putri bungsu Nabi s.a.w.
meningkat dewasa bersamaan dengan pertumbuhan Islam disaat-saat menghadapi
berbagai halangan dan rintangan dan disaat-saat amat genting. Siti Fatimah
Azzahra dilahirkan pada hari Juma'at 20 Jumadil akhir tahun kelima sebelum Nabi
s.a.w.menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki dan membangun
kembali ka'bah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat
gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah
(yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah
Azzahra (bunga yang mekar semerbak).
Jutaan Muslimat Ummat Nabi s.a.w. kemudian ramai yang menamakan putri
mereka dengan Fatimah. Siti Fatimah Azzahra, lahir dan dibesarkan di bawah
naungan wahyu Ilahi yang diterima oleh ayahandanya Muhammad s.a.w. Siti Fatimah
dilahirkan dan dibesarkan ditengah keluarga suci. Siti Fatimah Azzahra
menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi
ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina,
dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud,
menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah
membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish.
Kecintaan dan Kasih
Sayang Kepada Ahlul Baiyt
Assalamu'alaikum w.w,
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hahdirat
Ilahi, yang telah mewajibkan kepada seluruh kaum Mulimin dan Muslimat, untuk
memberikan kecintaan dan kasih sayang mereka terhadap Nabi s.a.w. dan
keluarganya ia itu Ahlulbaiyt, yang telah disucikan Allah s.w.t. seperti
tersebut dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda
dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan
sesuci-sucinya."
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara
kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah
aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a.
diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah
melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah
s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah !
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
Syeikhul Islam Ibnu Thaimiyah dalam kitab beliau
yang bertajuk:
"Al-Washiatul Kubra (wasiat yang terbesar) hal 297 beliau
menerangkan, antara lain:'.......Para anggota keluarga Rasulallah
s.a.w. mempunyai beberapa hak yang wajib dipelihara sebaik-baiknya. Allah s.w.t. telah memberikan hak kepada mereka untuk menerima seperlima bahagian dari ghanimah (harta rampasan perang).
"Al-Washiatul Kubra (wasiat yang terbesar) hal 297 beliau
menerangkan, antara lain:'.......Para anggota keluarga Rasulallah
s.a.w. mempunyai beberapa hak yang wajib dipelihara sebaik-baiknya. Allah s.w.t. telah memberikan hak kepada mereka untuk menerima seperlima bahagian dari ghanimah (harta rampasan perang).
Allah memerintahkan kepada Ummat Islam menyampaikan
shalawat kepada mereka bersama shalawat yang disampaikan kepada Rasulallah
s.a.w. Juga Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan Ummat Islam supaya berdo'a seperti
berikut, "Ya Allah! Limpahkan shalawat kepada Muhammad dan Keluarga
Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Maha Agung. Berkatilah
Muhammad dan Keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan
keluarga Ibrahim......"
Alhamdulillah seruan Allah s.w.t. dan Rasulnya
kepada kaum Muslimin dan Muslimat ramai juga mematuhinya. Mereka bukan saja
memberikan kasih sayang tetapi juga telah bersama-sama Ahlul Baiyt berjuang
mati-matian dalam menegakkan dan memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan.
Dalam menyelamatkan Ummat manusia dari penindasan
orang-orang yang zalim, yang senantiasa memperturutkan Hawa Nafsu Jahat dan
melanggar Perintah Allah dan Rasul-Nya. Sehingga akhirnya Alulbaiyt dan
pengikut setianya mencapai kemenangan dan terselamatlah Ummat Islam dari
kehancuran dan kebinasaan.
Meskipun demikian sepeninggalnya Rasulallah s.a.w.
ada juga
manusia durjana yang menjadi budak Hawa Nafsu jahat. Mereka tidak segan-segan melakukan berbagai halangan dan rintangan supaya Dakwah yang dibawa oleh Ahlul Baiyt terhenti. Mereka melakukan berbagai halangan dan rintangan, malah dengan tidak henti-hentinya mereka ini menangkap malah menganiaya Ahlul Baiyt, dan penyokong penyokong mereka.
manusia durjana yang menjadi budak Hawa Nafsu jahat. Mereka tidak segan-segan melakukan berbagai halangan dan rintangan supaya Dakwah yang dibawa oleh Ahlul Baiyt terhenti. Mereka melakukan berbagai halangan dan rintangan, malah dengan tidak henti-hentinya mereka ini menangkap malah menganiaya Ahlul Baiyt, dan penyokong penyokong mereka.
Malah ada dengan kejamnya telah membantai hampir
habis keluarga Rasulallah s.a.w., seperti yang dilakukan oleh Ma'awiyah
bin Abi Sofyan, Yazid bin Ma'awiyah dan anak cucunya. Sehingga mimbar Masjid
mereka jadikan tempat mencaci maki dan menghina Ahlul Bait Rasulullah s.a.w.
Kecuali Umar bin Abdul Aziz yang telah memberhentikan penghinaan dan
penganiayaan yang tidak pada tempatnya itu.
Rasulullah s.a.w. telah mengampuni ayah Ma'awiyah
yang bernama Abu Sofyan, malah telah mengampuni juga ibunya yang bernama Hindun
yang bukan saja telah membunuh Saidina Hamzah bapa saudara Nabi s.a.w, malah
telah membelah dada Saidina Hamzah dan memakan hatinya. Sungguh berbeda amalan
yang telah dilakukan Rasulallah s.a.w.dan Ahlul Baiyt terhadap Abu Sofyan dan
isterinya Hindun jika dibandingkan dengan amal perbuatan yang telah dilakukan
oleh Abu Sofyan dan isterinya serta anak cucunya, kecuali Umar bin Abdul Aziz.
Umar bin Abdul Aziz telah mendapat kesadaran
dan pentunjuk Allah dan menghentikan perbuatan diluar perikemanusiaan yang
telah mereka lakukan kepada Ahlul Baiyt. Meskipun demikian segala perbuatan
mereka menjadi sia-sia saja, dan akhirnya mereka menemui kehancuran.
Kerajaan Bani Umaiyah telah dimusnahkan Allah
s.w.t. kuburannya saja begitu dihinakan Allah. Segala usaha mereka dalam
mengembangan Islam di Sepanyok hilang saja bagai mencurahkan air ke daun
keladi, meskipun mereka telah menguasai Sepanyol selama masa yang begitu lama
(hampir 800 tahun).
Berbeda dengan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan
Ahlul Baiytnya telah dapat mengembangkan Islam ke seluruh dunia dengan berkesan
hingga sampai saat ini. Oleh karena itu marilah kita mengikut perintah Allah
dalam Rasulnya dan Imam-Imam yang ternama dalam mencintai Rasulallah s.a.w. dan
Ahlul Baiyt Rasulallah s.a.w. Jangan sekali-kali kita mengikuti jejak manusia
durjana yang telah menyesatkan Ummat Islam dari zaman ke zaman, dan yang telah
memecah belahkan Ummat Islam dengan pekara-perkara yang kecil dan melupakan
perkara yang besar.
Insya-Allah jika kita mencintai dan mengasihi Ahlu
Baiyt Rasulallah s.a.w, dan berjuang bersama-sama Ahlul Bait dalam menegakkan
Kebenaran dan Keadilan, Insya-Allah segala usaha kita akan diberkati Allah dan
Ummat Islam akan mencapai Kejayaan di Dunia
hingga ke Akhirat.
hingga ke Akhirat.
Amin.
Pandangan Ahlul-Baiyt Berkenaan Nabi SAW
Melalui Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. memberi
petunjuk kepada seluruh Ummat, jalan yang benar yaitu jalan yang diredhai oleh
Allah s.w.t. Melalui perjuangan yang tidak pernah berputus asa, Rasulallah
s.a.w., dan keturunannya telah berjaya menyebarkan Islam keseluruh pelosok
dunia, dengan tidak mengharapkan upah ataupun ganjaran dari manusia, sesuai
dengan firman Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud,
"Katakanlah (hai Muhammad), Aku tidak meminta
apa-apa upah daripada kamu sekalian dalam dakwah ini, melainkan kecintaan
terhadap keluarga." (Q.S.Asysyura:23)
Ayat ini diturunkan karena meskipun Rasulallah
s.a.w. telah bersusah payah menyelamatkan bangsa Arab yang kehidupan mereka
sebelumnya berada dalam zaman kegelapan, kesesatan, berpecah belah, kezaliman,
dan tidak dipedulikan dunia sekelilingnya menuju zaman cahaya yang terang
benderang, zaman kebenaran, zaman keadilan, zaman perpaduan, sehingga
bangsa Arab menjadi satu ummat yang bersatu padu dan disegani dunia seluruhnya.
Rasulullah s.a.w. telah menyelamatkan manusia dari kesesatan. Mereka diajarkan
supaya hanya menyembah Allah s.w.t. yang telah menciptakan alam dengan
segala apa yang ada didalamnya.
Sebelumnya, perikemanusiaan yang berada dalam
sifat-sifat kebinatangan, yang kuat, menindas yang lemah, yang kaya memeras
yang miskin telah bertukar kepada sifat penuh kemanusiaan dan pembelaan
terhadap mereka yang lemah dan teraniaya. Masa jahiliyah yang penuh dengan
kebodohan sehingga mudah ditipu dan dipermainkan oleh penguasa yang zalim, telah
bertukar dengan zaman mencintai Ilmu Pengetahuan yang telah banyak melahirkan
cerdik pandai Islam yang telah mengembangkan berbagai Ilmu Pengetahuan
yang berguna untuk seluruh manusia dan makhluk lain.
Rasulullah s.a.w. dan keturunannya yang beriman dan
bertaqwa kepada Allah s.w.t. telah menjelajah seluruh pelosok dunia, untuk
menyebarkan Islam dan ajarannya yang benar.
Meskipun demikian jerih payah yang telah
dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan keluarganya yang terdekat, oleh karena
manusia yang sifatnya suka melupakan jasa orang yang telah berjasa, habis manis
sepah dibuang, maka Nabi mengingatkan Ummatnya bahwa, Nabi s.a.w. tidak
mengharapkan apa-apa upah, hanya Nabi s.a.w. mengharapkan Ummatnya tahu berterimakasih
dan mengenang jasa, dengan cara menyayangi dan mengasihi keluarga Rasulallah
s.a.w. yang beriman dan bertaqwa serta berjuang dalam meninggikan Islam dan
ajarannya yang benar.
Oleh karena ramai manusia yang tidak memperdulikan
lagi pesanan Nabi s.a.w. sekarang ini, maka apa yang telah terjadi didunia
Islam sekarang ini. Mereka berpecah belah menjadi golongan kecil, yang bersaing
antara satu dan lainnya. Mereka berpecah belah menjadi negara-negara kecil yang
yang bergantung nasib kepada musuh-musuh Islam. Mereka terpaksa tunduk kepada
musuh dengan menggadaikan marwah dan semua apa yang mereka miliki. Sehingga
ajaran Islam yang memerintahkan supaya Ummat Islam berjuang dalam satu barisan
seumpama sebuah bangunan yang kukuh yang saling menguatkan satu dengan lainnya,
telah berubah menjadi satu bangunan yang rapuh yang menunggu saat kehancurannya
saja lagi.
Peringatan Nabi s.a.w. supaya Ummatnya saling
bantu membantu antara satu dengan lain, tidak diamalkan sehingga jika ada
ummat Islam yang sedang dalam kesusahan dan kesengsaraan kita dapat saksikan
mereka tidak dipedulikan oleh ummat Islam yang mampu membantu. Anehnya yang
memberikan bantuan ialah orang-orang yang bukan Islam yang sudah tentu terpaksa
dibayar dengan bayaran yang sungguh mengecewakan ummat Islam seluruhnya.
Oleh karena itu jika kita Ummat Islam sekarang ini
mengharapkan Islam dan Ummatnya menjadi satu Ummat yang mulia dan disegani
dimasa yang akan datang, maka perlulah mereka mengikuti kembali perintah Allah
dan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. Mereka perlu bersatu padu kembali, bekerjasama
dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, bertolak ansur dalam hal-hal
kecil. Mereka berjuang dalam satu barisan seumpama satu bangunan yang kokoh
saling kuat menguatkan, seumpama sebuah tubuh jika sebahagian disakiti yang
lainnya juga ikut merasainya. Mereka saling tolong menolong dalam jalan yang
benar dan bertaqwa kepada Allah dan tidak bertolong menolong dalam kejahatan
dan saling bermusuh-musuhan dan tidak berpecah belah.
Insya-Allah dengan mengikuti contoh teladan yang
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan Ahlul Baiytnya Insya-Allah Islam dan
Ummatnya akan kembali memperoleh kejayaannya kembali.
Amin.
Siti Fatimah dan
Keluarganya
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Siti Fatimah Azzahra as, adalah putri bungsu
kesayangan Rasulallah s.a.w. Siti Fatimah Azzahra, adalah putri teladan.
Ketaatan dan kesetiaannya kepada ayah dan bundanya adalah menjadi contoh
teladan yang baik sekali bagi seluruh wanita. Siti Fatimah Azzahra telah
mengorbankan seluruh hayatnya untuk kepentingan Islam dan Ummatnya. Siti
Fatimah dengan setianya mendampingi suaminya Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib
dalam keadaan suka dan duka. Belau
telah berjaya mendidik kedua anakandanya Hasan dan Husain dengan akhlak dan
budiperkerti yang mulia. Siti Fatimah senantiasa berusaha membantu fakir miskin
dan mereka yang sangat mengharapkan pertolongan.
Siti Fatimah Azzahra dibesarkan dalam asuhan dan
didikan langsung ayahandanya yang tercinta Rasulallah s.a.w. Kasih sayang dan
kecintaan Nabi s.a.w. kepada Siti Fatimah Azzahra, terutama disebabkan tingkah
laku dan tabiatnya banyak mirip dengan ayahandanya.
Hidup zuhud dan tekun beribadah adalah sifat
yang dimiliki Fatimah Azzahra. Beliau menghayati hubungan yang ikhlas dengan
Allah s.w.t. Sifat mulia yang dimilikinya sebagaimana telah diceritakan oleh
Asma binti Umais, "Pada suatu hari aku berada dirumah Siti Fatimah
Azzahra.Tiba-tiba ketika itu Rasulallah s.a.w. datang ke rumah Siti Fatimah.
Ketika itu Sitti Fatimah memakai seuntai kalung emas pemberian suaminya Imam
Ali bin Abi Thalib k.w. Ketika Rasulullah melihat kalung itu, lalu Nabi
s.a.w.bersabda, "Hai anakku apakah engkau bangga disebut orang sebagai
putri Muhammad, sedangkan engkau sendiri memakai jaababirah ? "(perhiasan
yang biasa dipakai oleh putri bangsawan). Ketika itu juga Siti Fatimah
melepaskan kalungnya itu, dan menjualnya. Hasil dari harga kalung tersebut Siti
Fatimah membeli seorang hamba dan hamba tersebut dimerdekakan. Ketika
Rasulallah s.a.w mendengar berita tersebut Nabi s.a.w. amat bergembira dan
mendo'akan Siti Fatimah sekeluarga.
Dalam peristiwa lainnya yang diriwayatkan oleh
Thuban, ia berkata, "Ketika Rasulallah s.a.w. pulang dari suatu
peperangan, seperti biasanya Nabi s.a.w. singgah ke rumah anakandanya Siti
Fatimah, ketika itu Nabi s.a.w. melihat kedua-dua cucundanya memakai gelang
perak. Nabi s.a.w. tidak jadi singgah, dan Nabi terus pulang kerumahnya.
Mengetahui hal tersebut Siti Fatimah menyadari
bahawa Nabi tidak jadi singgah, disebabkan perhiasan yang dipakai oleh
kedua-dua cucunya itu. Lalu Siti Fatimah Azzahra dengan tidak ragu-ragu lagi
membuka perhiasan gelang yang dipakai oleh kedua anaknya itu dan dihancurkan
sehingga berkeping-keping. Hal tersebut menyebabkan saidina Hasan dan Husain
menangis, meskipun dipungut kembali kepingan gelang perak itu dan diserahkan
kepada Saidina Hasan dan saidina Husain, yang ketika itu belum tahu
apa-apa.
Kedua mereka sambil menangis mendatangi Datuknya
Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengambil kedua kepingan gelang itu dan menyuruh
Thuban pergi membelikan gantinya, untuk Siti Fatimah sebuah kalung dari ashab
(sejenis benang yang dipilin) dan dua gelang yang terbuat dari gading untuk
cucundandanya.
Sambil Nabi s.a.w.bersabda:
" Mereka itu Ahlul Baiytku, aku tidak ingin mereka kehilangan
kebajikan karena masaalah duniawi ini...!"
(Riwayat Thuban diungkapkan oleh At-Thabbarry dalam kitabnya "Siratul Mustafa".)
(Riwayat Thuban diungkapkan oleh At-Thabbarry dalam kitabnya "Siratul Mustafa".)
Siti Fatimah yang
Tekun Beribadah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
FATIMAH AZZAHRA, putri kesayangan Rasulallah s.a.w.
dalam kehidupan hariannya mengikuti jejak ayahandanya, terutama dalam kezuhudan
dan ketekunan beribadahnya, sehingga beliau digelar dengan "Al-Batul"(orang
yang sangat tekun beribadah).
Kesibukan hariannya dalam mengurus rumah tangga,
dan menunaikan tanggung jawabnya kepada suami dan anak-anaknya, menggiling
gandum dengan tangannya sendiri, sehingga pecah-pecah tangannya, menolong fakir
miskin dan mereka yang memerlukan pertolongan, membantu dalam banyak peperangan
dan merawat ayahandanya dalam keadaan luka, dan berbagai tugas lainnya, semua
itu tidak menjadi halangan dan rintangan dalam menunaikan ibadah sholatnya
terutama dimalam hari, sehingga saidina Hasan anandanya berkata:
"Tiap malam aku melihat ibuku melakukan sholat
terutama di malam Jum'at, aku mendengar ibuku selalu mendo'akan terlebih dahulu
untuk seluruh kaum Mukminin dan Mukminat, sehingga aku pernah bertanya:
"Mengapa Ibu tidak pernah berdo'a untuk diri
ibu sendiri seperti ibu berdo'a kepada orang lain.?"
Ibu hanya menjawab:"Kita perlu berdoa untuk
tetangga terlebih dahulu, kemudian barulah untuk keluarga sendiri.......!"
Hasan al-Basri pernah berkata :"Dalam ummat
ini tidak ada wanita yang begitu tekun beribadah, melebihi Sitti Fatimah
Azzahra. Beliau terus menerus sholat sehingga kakinya bengkak. "Apa yang
dilakukan Siti Fatimah adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh
ayahandanya Muhammad Rasulallah s.a.w. dan beliau mencintai orang lain melebihi
kecintaan kepada dirinya sendiri.
Fatimah Azzahra hidup dan dibesarkan dibawah
naungan ayahandanya dan bimbingan suaminya sendiri, Imam Ali bin Abi Thalib
k.w. seorang pejuang Islam yang terkemuka.
Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa kesusahan dan kesulitan yang
telah dialaminya oleh ayahandanya dalam menegak, mempertahankan dan
mengembangkan ajaran Islam. Beliau dan keluarganya mengalami sendiri masa
penderitaan yang telah dialami oleh ayahanda dan suaminya dalam banyak
peperangan sehingga mencapai kejayaan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar